Want your
own Fotopage?













 


By: ieyta samsuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 11-May-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
:: Happy Momma's Day! ::

semalam mama dapat special wish from my 3 heroes.. shariq says "happy momma's day, mama" thanks dear! n special english breakfast from abah.. roti + scramble egg n cheese + sosej rebus + baked beans.. thanks dear.. lunch plak kami berdua masak sama².. nasi himpit + kuah lodeh + ayam masak kicap.. lunch dgn emak mama yang tersayang..

petang plak kami pi beli frame bergambaq yang cantik untuk mak mama.. hadiah dari kami 4 beradik special untuk emak yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan berkorban segala²nya untuk kami semua..

Thanks, Emak.. for helping me through so many baby steps and for keeping an eye on me when I needed it the most! Happy Mother's Day, Emak!

"Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. Mom - thank you for the love, wisdom and encouragement that gave me the opportunity to truly grow and blossom. Happy Mother's Day!"

semalam juga mama dapat hadiah paling special sekali.. iaitu... my lil debobs dah pandai merangkak! buat pertama kalinya dia tunjuk skill merangkak kat rumah nenek dia mlm tadi.. semua org bertepuk tangan kat dia.. dia pun gian la merangkak dalam gayat²nya tu.. bravo adik!!


Happy Mother's Day too Ieta!!.. semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran utk membesarkan anak2 kita ..Insyaallah.... Mon 12-May-2008 02:01
Posted by:Adelin  - [Link]
sama² kita menjadi ibu yg baik utk anak² kite ye......anak adalah harta yg tak ternilai.... semakin montel si adik tu... Mon 12-May-2008 03:38
Posted by:maya-ibu akma&sofea ma_ya79@yahoo.com  - [Link]
whoaa...beshnyer.....neway, hepi mom's day yer ita! Mon 12-May-2008 10:20
Posted by:lyana  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 24-Apr-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
:: I Love You! ::

ok, boys!
posing time!
ha, wat pe tu!
pose tayang
ketiak karat.. haha
gatal kepala ka encik?
View all 27 photos...
Quote:
Skinnamarink

Skinnamarinkydinkydink. Skinnamarinkydoo. I - Love - You!

Skinnamarinkydinkydink. Skinnamarinkydoo. I - Love - You!

I love you in the morning and in the afternoon.

I love you in the evening, underneath the moon.

Skinnamarinkydinkydink. Skinnamarinkydoo. I - Love - You!

Skinnamarinkydoo, I - Love - You -- Too!. (Boop, boop, ee-doo)


The song Skid-dy-mer-rink-adink-aboomp (Means I Love You), known to most as Skinnamarink, originated in the 1910 Broadway musical The Echo, a comedy production by Charles Dillingham.

While the show closed after a few months, the song endured, and was repopularized in the 1950s by Jimmy Durante. In the 1980s, the song's chorus became synonymous in Canada with children's entertainers Sharon, Lois & Bram, who after featuring the song in every episode of The Elephant Show, started a series called Skinnamarink TV.

Spellings of the title include "Skid-dy-mer-rink-adink-aboomp", "Skiddy-Mer-Rink-A-Doo", "Skinamarink", "Skinnamarink", and "Skiddamarink", the original.

In Ernie's Show and Tell, during episode 3980 of Sesame Street, Ernie asks his friend Raj to sing a song. Raj chooses "Skinnamarink", which Ernie doesn't know.

** mesti ramai yg ingat lagi lagu ni kan? dulu masa mama kecik², suka sgt tgk The Elephant Show ni.. la ni ringtones mama lagu skinnamarink ni la.. sampai shariq pun dah hafal lagu ni..

BROTHERLY LOVE..!



cantik cadar tilam nie....colorful gittew....he hehehe
sweet jek due beradik nie....si abg pun baik jek syg adik die....
dah besar nanti mesti seronok tgk dieorg main same2...
Wed 7-May-2008 02:55
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
comey sgt dua beradik ni Ieta.. suka tgk abg dan adik ni ..mesra je.. anak2 lin kadang baik kadang gaduh.... tp sejak dua menjak ni selalu gak le gaduh..pening gak... tp bila sorang takde, rindu pulak... Thu 8-May-2008 00:36
Posted by:Adelin  - [Link]
Happy Mother's Day dari Zai Kulim...

Ewwweekkk.......Zai gak yg lom jadi ibu lagii......

Jom layan entry terbaru Zai kat SEremban....lagi...entah part keberapa daa,,,,,
Fri 9-May-2008 09:36
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark
:: My 7 Mos Old, Prince! ::

 
 
 
View all 20 photos...
Alhamdulillah.. today 16/4/2008 adik dah genap 7-mos! sat ja dah besaq anak mama ni kan.. rasa macam baru semalam dok kena belah perut (ceaser) nak lahirkan dia.. hehe

pagi ni ada appointment paed at 11am.. dah siap mandi mama try pakaikan dia rompers age 1yr hat mama belikan kat abg dia dulu.. seingat mama baju tu abg shariq muat pakai masa umoq setahun itupun gelebeh pasai shariq dulu haluih.. tiba tang shazad pakai muat² ja tang peha debobs dia tu.. tapi mama lupalah nak amik gambaq..

timbang berat tadi dah 7.8 kg.. adik dah makin lasak.. dah master kalu bab mengesot n gostan ke belakang tu.. la ni dah gian angkat bontot, kaki n tangan semua dah naik tinggi macam org nak mula lari tu.. tinggal nak "on your mark, get set.. go!" saja.. hehe..

paed check BCG scar adik tak jadi laa.. masa baru lahir dulu dia kena BCG tapi tak timbul n bernanah macam biasa tu.. tu yg kena cucuk BCG balik tu.. tapi adik mmg good boy la.. dia tak nangis pun.. nurse tu bedung dia dengan kain.. sampai 5-6 orang nurse dok kerumun tgk dia.. depa teruja tgk adik tak nangis kena cucuk.. tapi adik merengek kejap lepas kena cucuk tu sebab terkejut tgk ramai sgt org keliling dia.. dia tercari² juga mana mama n abah.. cian adik..

skang ni adik paling suka mengacau abang.. haha.. selalunya abang yg suka kaco adik kan.. kalu abg dia isap milk.. adik akan jadi org yg paling sibuk sekali nak tolong pegangkan botol susu abg dia.. hehe.. kkdg sampai abg dia naik rimas.. pernah sekali tu dia berebut nak pegang botol abg, sekali adik geram sgt dia cakar muka abang.. abg pun apalagi, gheyau laaaa mamat tu.. bila mama intai, muka adik tgh geram sgt nak pegang juga botol tu.. abg dia dok melalak sambil tepis tangan adik.. nak tergelak tgk karenah dua beradik tu.. kalu adik dah besaq nanti tataulah camna tu.. abislah abang dia kena buli.. hahaha

entry ni layanlah gambaq debobs sepanjang usia dia hampir mencecah 7 bulan.. enjoice!





so adorable la hero sorang ni...mau ja kc kidnap bawka balik!! huhuhuhu.... Mon 21-Apr-2008 11:03
Posted by:kc  - [Link]
alahaiii.. cutenyaa debobs nih.. mcm tengah buat pumping saja
dah pandai buli abang yer....
cian diaa kena cucuk skali lagi..
Tue 22-Apr-2008 01:11
Posted by:Liza*UmmiHaziq&Hazim*  - [Link]
ieyta.. sabar laa tunggu dia dah besar lagi sikit.. siaplaa abg dia... siaplaa kita jugakkk hehhehe. menjerit jer laa kerja ko nanti. hehehehhe. selang seminit sat lagi diaorg bergaduh.. berrebut.. hahahha Tue 22-Apr-2008 10:55
Posted by:Yan  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 02:59 Email | Share | | Bookmark
:: Takziah.. Al-Fatihah..! ::

salam semua.. tatau dari mana nak mulakan cerita.. sekarang ni perasaan mama tgh bercelaru.. sebak, sedih, terkejut, sayu, hiba semua ada.. pada lebih kurang jam 4.15ptg, hari sabtu, 5 April 2008.. mama telah menerima panggilan dari kawan baik mama, Erna Mama 2F dan memberitahu bahawa suaminya yg tercinta, Firwance telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dalam satu kemalangan di Pagoh.

mama mmg terkejut sgt! macam tak percaya sebab baru je hari jumaat sblm kejadian tu kami makan sama² kat kafe.. masih terngiang² lagi suara arwah yg tegur mama sblm balik dari ofis petang jumaat tu.. terbayang lagi arwah senyum.. arwah mmg seorang yg baik hati sgt, peramah dan suka senyum..

mama mengenali arwah sejak dia mula jadi tutor di fakulti kejuruteraan, upm ni.. arwah mmg suka senyum.. kemudian mama berkawan baik dengan erna, lebih² lagi semasa kami sama² pregnantkan anak sulung.. yg mama ingat sgt kami sama² minat artis korea n jepun.. masa erna bersalinkan furqan, mama yg tgh sarat menunggu masa utk melahirkan shariq pergi melawat erna di HPJ.. masa tu terpancar riak² kebahagiaan dan happy sgt pada muka arwah.. selang 5 hari lepas tu mama lahirkan shariq pula.. yg mama ingat, masa furqan pegi check up 2 bulan, erna pun dah habis pantang, arwah turunkan erna ke rumah mama untuk tengok shariq yang beza umur 5 hari je dgn furqan..

setiap kali raya kami tak pernah miss utk beraya ke rumah masing².. setiap kali ada kenduri kahwin adik² mama, arwah n family mesti datang sama meraikan majlis.. family mama pun mmg kenal baik dgn arwah sebab bbsitter anak kami sebelah rumah mak mama aje.. setiap petang kalu arwah jemput furqan dari rumah ibu mesti dia tak lupa tegur mak mama n suruh furqan "babai nenek".. itu yg buat mak mama hiba bila teringatkan arwah..

masih ingat lagi.. masa mama lahirkan shazad secara c-section ari tu.. arwah n family merupakan antara org yg paling awal sekali datang visit mama di hospital.. masa tu arwah bagi kata² semangat utk mama.. mama pun minta maaf sebab tak dapat nak borak banyak dgn dia sebab masih kesakitan akibat ceaser lagi masa tu.. terbayang lagi furqan n farhan yang sangat rapat n manja dgn arwah.. masa kat hospital tu 2F berlarian sana sini dan arwah dengan sabar pergi mengejar anak² tersayang..

segar lagi di ingatan kami (mama, erna, wana n kyan) berphotoshoot dengan kc n team pada awal tahun 2007.. awal pagi kami dah sampai kat taman cyberjaya tu.. mmg happening gila dengan gelagat n keletah anak² kami.. macam satu keluarga besar.. seronok sgt masa tu.. kami wat potluck.. makan sama².. mmg ceria habis! lepas tu kami ada plan kalu anak² dah besar sket nak wat lagi photoshoot..

subhanallah..! ya allah! terlalu banyak kenangan kami bersama arwah n family.. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan diredhai allah.. to my dear fren, erna.. hang in there! be strong! kami sentiasa ada utk menyokong ko dari belakang.. sekiranya ada apa² bantuan yg diperlukan, just give me a call.. kami semua dengan rela dan hati terbuka akan membantu ko seadanya.. to 2F, kalian adalah anugerah allah yang tidak ternilai hebatnya untuk mama n arwah papa.. semoga kalian membesar dengan cerdik, cerdas, beriman, berilmu dan berbakti..

sehingga hari ni mama terus bersms dgn erna sekadar bertanya khabar dan memberi kata² semangat sebagai perangsang untuk dia berjuang dan tabah meneruskan kehidupan dunia di samping memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak².. jawapan erna dia redha dengan segala ketentuan dari ilahi.. 2F pun selalu bertanya, erna sekadar memberitahu yang papa "sleep".. 2F pun sempat menatap wajah arwah buat kali yang terakhir dan ikut sama mengiringi sehingga arwah dimasukkan ke liang lahad.. semoga kalian membesar sebagai insan yang beriman, sayang..

salam sayang dari ita n family buat kawan baik mama yang paling mama sayang, erna n muhammad furqan n muhammad farhan.. Al-Fatihah! Amin...

ita...tak terkata rasa baca entry ita kali ni...sedih, sayu, sebak..semua ada....
takziah utk kawan ita. semoga rohnya dicucuri rahmat....
Mon 14-Apr-2008 08:23
Posted by:imaan & lana  - [Link]
sampai hari ini kalo terbaca kisah erna airmata ni terus menitis
Mon 14-Apr-2008 08:36
Posted by:ibu aqil & aqeera :ida aqilaqeera@gmail.com  - [Link]
takziah buat keluarga erna..Lama gak Zai tak mai singgah cini...maklum ler busy kit kebelakangan nie....apapun sok jgn lupa entry terbaru Zai"BUAH NAM-NAM"Pernah tgk dan mkn ka???kalau tak pernah tgk jom layan sok.... Tue 15-Apr-2008 15:15
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 2-Apr-2008 05:06 Email | Share | | Bookmark
:: My Super-Shariq! ::

 
 
 
View all 24 photos...
my lil' superhero, Super-Shariq..



seb baik x pakai spender kat luar kan... he heeeee shariq nampak semakin matang..... pandai berdikari Thu 10-Apr-2008 04:49
Posted by:Ibu Adib N Bella  - [Link]
heheehe super-shariq! cam kena je nama tu... hehee
re: ieta, tu la bebudak zaman skang, banyak sangat expose ngan bende-bende canggih manggih skang nih, mak bapak dia yang pening kepala nak kena layan kan... anyway, masa scan baby A last week, for sure tak nampak gender lagi, pasal baru 14 wks, pas tu doctor kata punya la ligat dia berpusing kat dalam perut mama dia nih! tapi hana tak rasa lagi tendangan ke apa ke, pasal saiz nya kecik, kot nanti 5,6 bulan baru rasa kot kan...
Fri 11-Apr-2008 05:35
Posted by:hana  - [Link]
Salam Perantau.Jom lawat Fp ina entry baru Banana Chiffon Cake & Puff Lagi jgn lupa tinggalkan komen Fri 11-Apr-2008 22:02
Posted by:yullina  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 00:27 Email | Share | | Bookmark
:: My 2 Lil' Princes ::

ini
budak
debobs
View all 15 photos...
actually mama tadak idea nak story.. gambaq pun tak banyak snappo.. lately malaihla nak snappo² vley?.. hehe..

tapi nak ceta sket la pasai abang shariq.. dia la ni makin banyak la akal cekadak.. geram kekadang.. kalu nak amik gambaq dia mesti aksi yg tak ingin dilihat tau dia pose kan.. menyampah mama nak amik gambaq dia kekadang.. hehe..

sampai kena paksa baru dia nak posing.. kalu dapat camera kat tangan dia.. mulalah dia amik gambaq lubang hidung dia.. kat dalam camera tu ada banyak gambaq dia tunjuk lubang hidung sajor vley! mana tak gerams..

adik plak camera friendly.. pantang tgk camera.. dalam nangis² tu dia bleh control hensem gitu oke so entry ni mama boh gambaq campoq² oke.. ada yg shariq snap sendiri.. dan gambaq adik yg tgh leka main dgn playmatnyee.. enjoice!!

abang marah kena paksa dok diam sebab mama nak snap pix dia.. haha

mama geram kat ini budak debobs..!! aunty zully, tgklah baju age 1 ni.. dia dah muat oke!

mama nak boh gak gambaq baby rania! LO by zatul..me looiikkee!!

salam perkenalan, tumpang iklan ye..
KOLEKSI TUDUNG CANTIK, MUDAH & CEPAT UTK DIPAKAI, BLOUSE TERKINI MENANTI ANDA DI... http://chindye.fotopages.com/
Tue 1-Apr-2008 10:05
Posted by:dayang  - [Link]
Thanks sbb singgah kat fp Zai...Jom layan lagi entry terbaru zai ..."UNDANGAN DARI OGY"................
Re:Takder ler gempak sgt sbb lom tahu guna g haa...
Wed 2-Apr-2008 03:57
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sama lah kak, aqil tuh kalo kita amik gambar dia mcm2 muka dia buat ...!
makin debot lah shazad nih, bj age 1 pun dia muat
rania dah balik utara ka
Wed 2-Apr-2008 08:11
Posted by:ibu aqil & aqeera :ida aqilaqeera@gmail.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 24-Mar-2008 03:50 Email | Share | | Bookmark
:: My 6 Mos Old's (Second Week) Lil' Prince! ::

my lil' hero!
n his yummylicious nestum
yumm..yumm..
View all 24 photos...
At 16/3/2008, tarikh keramat ni merupakan tarikh yg paling mama happy dan tunggu² sangat.. nak tau pasepa? pasai hari ini..

1. Shazad Emran genap 6 bulan! now dia dah nak masuk 6 bulan setengah la.. mama happy gila sebab dah capai target penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan untuk shazad!! yippie!! alhamdulillah.. doakan semoga mama dapat meneruskan lagi penyusuan susu ibu sampai setahun plak..

2. at 6-mos age ni dia dah mula try solid foods.. tapi dalam kuantiti yg sket la.. dalam 2 sudu je dulu.. bagi rasa².. mula² tu mmg dia luahkan la.. sebab selama ni dia tak pernah makan or minum benda lain selain dari susu mama.. tapi lama², alhamdulillah dia dah buleh terima.. now mama dah bagi dia rasa 2 perasa iaitu gandum n beras merah..

3. Mama dapat anak buah baru..! anak perempuan sulung adik mama, uncle redza n aunty elyani yang diberi nama Rania Irdina (Permaisuri, Kehormatanku) yang dilahirkan di Hospital Putrajaya dengan berat 2.79 kg dan ketinggian 48cm.. mmg panjang macam ayah dia.. yg paling happy mestilah my mom kan.. sebab di usia 49 tahun ni dia dah dikurniakan 4 orang cucu.. 2 boys (of course la my 2 lil boys tu kan!) n 2 girls.. best kan!

momma's lil' hero!

yummylicious..!

Rania Irdina binti Mohd. Fakhizul Redza

Thanks singgah fp Zai...dan layan entry"KULIM"tu..jgn lupa singgah g utk entry"LEPAK KAT SECRET RECIPE"plak...

Re:ooo lom pernah sampai nanti mai na..info zai kay..ok zai dah link..ingatkan dah ader....he..hee.hee
Wed 26-Mar-2008 14:37
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
hai kak ita... lama betul x singgah kt fp kak ita nih... fp sendiri pn x sempat nk jengok... byk benda menarik yg faizah tetinggal kt fp kak ita nih.. rugi btl....


comelnya shazad... geram..
Thu 27-Mar-2008 06:51
Posted by:ainaaila  - [Link]
Tahniahhhhhh!! berjaya sudah Shazad dlm proses penyususan sepenuhnyer ni..Alhamdulilah mek..aku tumpang hepi mek.Tak sia2 gak aku kempen kat hang heheheh..demi kebaikan anak2 kita jugak kan.So Shahzad dah join de club laa..
Weh anah Redza tu comei banget laah geram tgk..ada rupa anak2 hang le sket2..baby dia bley geng dgn anak2 aku..spesis pnjg. Haziq dulu pun pnjg ..52cm..Zahra 50cm tapi zahra besaq mai la ni ketot le plak..
Tue 1-Apr-2008 00:38
Posted by:~yuzie~mama Haziq & Zahra  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 19-Mar-2008 08:34 Email | Share | | Bookmark
:: Thank you Aunty Olie, Aunty Zatul & Get well soon 2AZ ::

3 datins yg vogue
bilik 2AZ kat annur
aiman yg hensem
View all 16 photos...
lovely LO by aunty olie.. momma looiikkee it very much! thanks my dear sis..!


n lovely LO by aunty zatul.. tqvm zatul!! me lovin it!!


Last Wednesday mama with 3 datins vogue.. sapa lagi kalu bukan datin sharliza, datin zully n datin ida.. kami pi visit 2AZ's yg cute sgt kat annur, bangi.. both of them admitted due to cough n flu.. cian sgt tgk arissa yg berbalut kat tangan.. aiman pun moody pasai baru terjaga masa kami sampai tu.. hope aiman suka balloon tu.. arissa comeiiii sgt.. mama gerammmsss... ibu 2AZ, kak ina mmg kecik molek comel lote!! segan i..

balik dari visit 2AZ kami pi menyibukkan diri pi office datin zully yang sejengkal sajor dari annur tu.. masuk ja opis bau kepsi tauuu.. lapaqqqq.. lepas habis kami terjah n menyelongkar office kzully yg sgt best itu, kami turun bawah pi beli nasi lemak, koih n buah²an..

update (21/3/08) :
tghr ni kami berempat nak lunchdate lagi kat bangi.. jom la joint kamiii..
oh ya, pg ni dapat sms dari kak ina ibu 2AZ, both aiman n arissa dah admitted petang semalam (20/3/08).. alhamdulillah! lega dgr depa dah sihat.. kak ina take care oke..

arissa yg gebus mulus.. comei amats..!!

aiman yang hensem n cute!

datins yg vogue!

Thanks singgah fp zai..tuk entry "Mandi KAt Bukit HIjau" tu.. oK hari nie Zai ader entry terbaru plak...tp biasa jer pi mkn kenduri member jerr...jom layan...
OOpppppssss......bila nak letak link fp zai plak kat sebelah tepi tu.....???????

Dah ader anak susah ler kit kan..nanti tgk2 dah ader dlm air...
Tue 25-Mar-2008 03:20
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
ya Allah comeynya arissaaaaaaaaaaaaaa...!!geram sgt aih tgk dia tengah bulat mata tuuuuu..!@!!!!amboiiii..glams datin2 tu semuaaaaaa..mana gambaq datin ita nyaaa...?? Tue 25-Mar-2008 03:38
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
cantiknya mata arissa! geram tengok...sowi kc tak dpt join aritu.......hopefully 2AZ dah sihat....... Tue 25-Mar-2008 08:50
Posted by:kc  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
:: Holiday @ Port Dickson ::

shazad wif ucu
shariq cuak
kena celup
View all 55 photos...
more entry peram Part 2 oke!

Date : 1-2 Mac 2008
Place : Marina Bay, PD
Agenda : cuti², makan² n mandi² with my hubby's officemate (Linda & family, Jijah & family, Niko & family)

mmg happening gila dapat holiday dgn 3 family officemate abah shariq n shazad ni pasai depa semua sporting.. 1st day sampai jumaat malam lepas isyak.. penangan nak tgk nabil dulu la ni.. saturday tu linda jadi host.. dia prepare food for lunch.. nasi berani with ayam masak merah yg superb, niko with her acar timun yg sedap banget..! lepas tu mama lepak kat pool tgk depa mandi manda.. shariq memola gayat nak masuk dalam pool besaq.. dia lepak kat kids pool sajor.. shazad pun mama celup juga dalam ayaq pool.. tapi tak lama la, sejuk sgt.. lagipun dia gayat sket la..

mlm tu my turn plak jadi hosts (tapi kat rumah linda la.. hehe) i prepared my special steambot. tomyam for adults n sup for kids.. rupanya mlm tu linda wat surprise birthday party for celebrate his lovely daughter, atiqah.. happy birthday, dear..

esoknya kami breakfast nasi lemak.. i prepared the nasi.. sambal tu jijah yg masak.. mmg sedap oke! 1st time makan sambal tumis letak santan.. mmg yummylicious! lunch tu lagi sekali i masak steamboat.. selagi all the ingredients tak habis.. selagi tu la menu steamboat sentiasa ada ek.. lenkali kita kena plan makanan lain plak.. 2 hari makan steamboat berturut² i dah rasa tekak macam takmo terima steamboat lagi dah.. hahaha..

apepun mmg enjoice la 2 hari bersama u ols.. insyaallah kalu ada kesempatan kita pi holiday ramai² lagi oke! shariq pun masuk 2nd day tu dia dah reti swimming (tapi kena pakai armband laa..) confident level dia pun dah agak tinggi juga.. dah berani swimming kat tempat adults tanpa perlu pegang abah dia lagi dah.. nanti bila² mama bawa abg pi swimming lagi oke, dear.. adik pun kena celup sekali dgn abg.. pasai dia manja sgt la.. kejap je celup dia dah cebik² comel minta angkat..


shariq mandi tka hengat sampai sunburn oke! masuk hari kedua dia dah konfiden sket..n dah buleh swimming..

anak sapalah yang terapung ni..? sampai sepender menggelembung oke.. haha

comelnye shazad terapung-apung di kola mandi.. rileks jer.. wah shariq tak kalah tu..mesti lama berendam ni kan .. best sgt Wed 19-Mar-2008 05:27
Posted by:mama Furqan&Farhan  - [Link]
shazad.. comelnya. eee geram pulak aku tgk dia nie ieta.. semangatnya. eee
seronoknya korang bercuti2. tahun melawat PD apa?? tgk semua org pergi PD jer tahun nie.
shariq dah mcm perenang antarabangsa pulak. siap semua peralatan tu..
Wed 19-Mar-2008 10:13
Posted by:Yan  - [Link]
amboii...kecik2 dah pandai ber'holiday' yerk!! Fri 21-Mar-2008 02:49
Posted by:NIK SYAZ
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 00:41 Email | Share | | Bookmark
:: Holiday @ Kuantan ::

odw ke kuantan
lepas check-in hotel
lunch @ PH
View all 29 photos...
more entry peram oke! sindrom M amat menebal dalam diriku..

Holiday @ Kuantan, Pahang
Date : 26-27 Jan 2008
Place : Grand Continental, Kuantan
Agenda : Lepaks at hotel, pi jalan² kat TC, pi Berjaya Mall blkg hotel sajor.. plan nak jumpa kak olie n family that day n having dinner at Tanjung Lumpur.. tapi tak kesampaian atas sebab² yang tak dapat dielakkan.. takpa kak olie.. lenkali kami turun kontan lagi kita berdatingan oke!

lihatlah lobang hidongkuuu..!! seksi kan..

shariq kata "mama tak boleh makan ice-cream, ini ubat"

aksi adik sedang digulai oleh abangnye yg sayang tapi geram..

HEHHEHE...TERGELAKK TAU.."ADIK KENA GULAI NGAN ABG TUH" hahha masak apa tuh shariqqq??gulai lemak kaaaaa kari kaaa ..peram2 takpa..janji up..jangan peram2 berisi !!!nayaaaaaaaaaaaa Tue 18-Mar-2008 03:55
Posted by:zully@mama dhia  - [Link]
sonoknya abang buli adik nooo... nntlah besar nnt adik keje kan abang
Comellah adik
Tue 18-Mar-2008 06:33
Posted by:kien  - [Link]
comelnya dia dalam pelampung tu.....geram! Fri 28-Mar-2008 03:02
Posted by:Marhaniza
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.